CONTOH kabinet Hoosier.
CONTOH kabinet Hoosier.
BINAAN kabinet dapur pada awal kemunculannya.
BINAAN kabinet dapur pada awal kemunculannya.
ANTARA kabinet dapur pada 1920-an.
ANTARA kabinet dapur pada 1920-an.
PERSEKITARAN segar dan selesa dapat dikekalkan jika rutin penjagaan menjadi keutamaan.
PERSEKITARAN segar dan selesa dapat dikekalkan jika rutin penjagaan menjadi keutamaan.
PENCAHAYAAN turut dikaitkan dengan faktor warna.
PENCAHAYAAN turut dikaitkan dengan faktor warna.
SINKI yang bersih juga penting.
SINKI yang bersih juga penting.

Resapan air dan minyak masak ketika memasak jika tidak dibersihkan segera lama-kelamaan menyebabkan kabinet dapur anda rosak.

Jika tidak memasang hood, wap air yang bercampur minyak masak boleh tersebar ke udara ketika memasak.

Wap air yang bercampur minyak ini melekat di permukaan ruang dapur dan keseluruhan rumah jika mempunyai konsep dapur terbuka seperti kebanyakan kondominium dan apartmen.

Langkah berikut mungkin dapat membantu, antaranya memasang kipas ekzos (exzos fan) pada dinding dan dihidupkan setiap kali anda memasak.

Pemasangan hud pula boleh membantu kapasiti udara ditapis atau disedut keluar, sekali gus membuatkan suasana sentiasa segar.

Cahaya dan aliran udara yang baik perkara terpenting untuk menjadikan dapur anda selesa. Ini juga menjadikan ruang dapur kelihatan lebih menarik dan eksklusif jika mendapat pencahayaan cukup.

Dapur yang malap dan gelap perlu dielakkan bagi mengelakkan insiden terkena peralatan tajam seperti pisau atau gunting. Pada masa sama, pencahayaan turut dikaitkan dengan faktor warna.

Pilihan warna yang terang juga memberikan impak selesa dan ruang tampil lebih besar.

Bagi memastikan kabinet dapur sentiasa kemas, segera lap dapur atau tungku yang terkena kotoran atau minyak setiap kali selepas memasak.

Bersihkan juga dinding berhampiran dapur yang terkena percikan minyak selepas memasak menggunakan kain lembap atau semburkan bahan khas.

Kabinet dapur perlu sentiasa berada dalam keadaan kering. Anda seharusnya peka dengan keadaan ruang dalaman kabinet dapur berasaskan kayu sentiasa dalam keadaan bersih bagi mengelakkan serangan perosak.

Malah, anda perlu memastikan tingkap terbuka bagi memastikan material kayu ‘dapat bernafas’ dalam udara yang segar.

Sejarah

Bermula dengan kabinet yang dinamakan Hoosier pada 1910-an iaitu kepingan perabot yang menggabungkan ruang penyimpanan dan permukaan meja kerja (table top).

Di Eropah, kabinet dapur mula dibina pada 1920-an. Sebelum Perang Dunia Pertama, binaan kabinet yang membabitkan ruang penyimpanan kering dan makanan mula mendapat sambutan.

Peningkatan minat dalam kecekapan menguruskan rumah terutama ruang dapur membuka idea kepada ahli psikologi industri Lillian Gilbreth Moller melakukan kajian.

Perkembangan reka bentuk kabinet semakin meluas termasuk permukaan meja kerja yang diperbuat daripada keluli tahan karat.

Malah, kemajuan teknologi juga mendorong pengeluaran kabinet berskala industri dilakukan.

Selepas Perang Dunia Kedua, binaan ‘table top’ berlamina antara yang banyak diketengahkan.

Evolusi itu turut membuatkan bahagian itu antara yang terpenting dalam setiap kabinet dapur hingga hari ini.

Menerusi penggunaan material lebih baik, reka bentuk kabinet dapur dilihat tampil berbeza setahun demi setahun.

Kabinet dapur pasca moden lebih cenderung memilih material lantai kayu keras dan warna-warna tanah

Post-moden trend reka bentuk kabinet. Elemen lain reka bentuk dapur memberi kesan kepada pilihan kabinet.

Hari ini rekaan moden antara pilihan utama dengan idea penataan yang mementingkan fungsi ruang dapur itu sendiri.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Februari 2016 @ 5:01 AM