KEDIAMAN tanpa kabinet dapur dilihat kurang lengkap.
KEDIAMAN tanpa kabinet dapur dilihat kurang lengkap.
PELBAGAI material  moden digunakan.
PELBAGAI material moden digunakan.

Sejak dulu, keperluan ini dilihat amat mustahak untuk sesebuah kediaman, tidak kira sama ada penghuninya pandai memasak atau sebaliknya.

Ironinya kediaman tanpa kabinet dapur seolah-olah ada kediaman itu 'cacat' dan tidak berseri.

Kabinet dapur dikatakan bermula di Eropah dan menular ke seluruh dunia sebagai sebahagian daripada dekorasi kediaman.

Tidak kiralah kediaman kecil, besar, murah atau mewah, kabinet dapur sentiasa mendapat keutamaan.

Pelbagai material melangkaui sejarah dalam usia kabinet dapur termasuk kayu nyatoh, semangkuk dan kayu kenyal.

Kini, kabinet dapur yang tampil lebih ringkas tanpa sebarang ukiran dan berbunga menjadi pilihan ramai.

Kini, material melamin, kaca 3G, akrilik, aluminium dan kaca kian menguasai pasaran. Rata-ratanya memilih kabinet dapur dengan rekaan yang amat ringkas dan minimalis terhadap ruang.

Melamin seakan-akan serbuk kayu yang dimampatkan hingga menjadi kepingan setebal 15 milimeter.

Ia tahan panas dan didatangkan dengan pelbagai warna serta corak. Melamin biasanya digunakan untuk pintu dan rangka bagi kabinet dapur.

Kaca berwarna atau kaca 3G diperbuat daripada kaca yang didatangkan dengan pelbagai warna menarik.

Kemasan ini amat sesuai bagi anda yang inginkan konsep moden untuk hiasan dalaman.

Biasanya ia didatangkan dengan 'built in handle' dan bingkai aluminium.

Akrilik berlamina pula kelihatan seperti kaca diperbuat daripada gabungan bahan plastik yang disejat dan menjadi keras.

Ia didatangkan dengan pelbagai warna dan mempunyai tekstur seperti 'wood grain.'

Kemasan ini sesuai bagi anda yang ingin kepada konsep moden klasik kerana mempunyai warna bumi dan warna bertekstur kayu, sekali gus menghasilkan kombinasi menarik.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 January 2015 @ 5:04 AM