KEDUDUKAN kabinet televisyen perlu selari dengan ketinggian sofa.  - FOTO Pexels
KEDUDUKAN kabinet televisyen perlu selari dengan ketinggian sofa. - FOTO Pexels
Nor ‘Asyikin Mat Hayin


Kabinet televisyen antara perkara perlu diberikan tumpuan dalam pemilihan perabot rumah.

Ini kerana ia menjadi titik fokus di ruang tamu rumah yang menambah nilai eksklusif di ruang berkenaan.

Kesilapan pemilihan kabinet televisyen daripada segi saiz, reka bentuk dan warna boleh 'mencacatkan' ruang berkenaan.

Tip pemilihan kabinet televisyen:

1. Selaras dengan saiz ruang tamu

Kabinet televisyen perlu disepadankan dengan saiz ruang tamu untuk memastikan kehadiran perabot tambahan ini tidak janggal.

Hendaklah pastikan saiz kabinet televisyen tidak terlalu besar. Saiz yang disarankan ialah tidak melebihi 70 peratus saiz dinding dan ruang tamu.

Ruang tamu akan kelihatan sempit dan kecil apabila kabinet televisyen terlalu besar.

Keadaan ini boleh menimbulkan ketidakselesaan untuk bersantai dengan keluarga menonton televisyen.

KABINET televisyen perlu disepadankan dengan saiz ruang tamu. - FOTO Pexels
KABINET televisyen perlu disepadankan dengan saiz ruang tamu. - FOTO Pexels

2. Bersesuaian konsep ruang tamu

Anda perlu teliti dalam pemilihan reka bentuk kabinet televisyen dan memastikan ia bersesuaian dengan konsep ruang tamu.

Boleh rujuk internet atau media sosial sebagai panduan dalam pemilihan perabot berkenaan.

Antara konsep yang sering menjadi pilihan ialah minimalis untuk mereka yang menggemari perabot bergaya ringkas.

3. Seimbang dengan saiz televisyen dan ketinggian sofa

Perkara penting yang perlu diberikan perhatian ialah memastikan ketinggian sofa dan saiz televisyen selaras.

Ini untuk mengelakkan mendongak ketika menonton televisyen yang boleh memberi kesan kesakitan pada leher serta bahu.

4. Material tahan lama

Selain reka bentuk yang menarik, aspek lain yang perlu diutamakan ialah memilih kabinet televisyen tahan lama.

Ini supaya perabot ini boleh digunakan untuk tempoh panjang, selain menjimatkan kewangan.

Antara alternatif terbaik untuk kabinet televisyen yang murah dan tahan lama adalah daripada material papan gentian berketumpatan sederhana (MDF).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Disember 2023 @ 6:43 AM