AMBIL kira semua elemen penting untuk binaan kabinet dapur.
AMBIL kira semua elemen penting untuk binaan kabinet dapur.
ZARINA dan Amran berganding bahu membangunkan Impiana Dagang.
ZARINA dan Amran berganding bahu membangunkan Impiana Dagang.
PERKAKAS dapur disusun rapi dan menjadi salah satu dekoratif ringkas di ruang itu.
PERKAKAS dapur disusun rapi dan menjadi salah satu dekoratif ringkas di ruang itu.
DAPATKAN pelbagai pilihan kemasan untuk permukaan meja kerja.
DAPATKAN pelbagai pilihan kemasan untuk permukaan meja kerja.
PELBAGAI pilihan kemasan untuk kabinet dapur.
PELBAGAI pilihan kemasan untuk kabinet dapur.
Oleh Hartini Mohd Nawi


Situasi semasa, gaya hidup dan keperluan menjadikan binaan kabinet dapur antara terpenting untuk setiap kediaman.

Luas atau sempit ruang bukan lagi ukuran kerana semuanya bergantung kepada reka bentuk yang diketengahkan.

Daripada permukaan meja kerja hingga kemasan pintu, proses menampilkan kabinet dapur menuntut anda memperincikan pelbagai aspek.

Namun, masih ada yang keliru atau buntu terutama generasi muda atau pemilik kediaman baru.

Peka dengan situasi itu, Impiana Dagang yang popular dengan produk Dapur Idaman tampil berkongsi idea terbaik untuk binaan kabinet dapur sempurna.

Pemiliknya, Zarina Noor Mohamed berkata, perkara paling utama ialah merujuk pelan susun atur yang disediakan pemaju supaya gambaran dapat diperjelaskan mengikut situasi ruang tanpa pengubahsuaian.

“Dari situ anda sudah tentu dapat membayangkan reka bentuk sesuai yang diingini.

“Pada masa sama senaraikan mengikut keperluan seperti ruang penyimpanan, peralatan dan kelengkapan memasak, singki, ketuhar gelombang mikro dan peti sejuk,” katanya.

Lakaran posisi kabinet turut membabitkan kedudukan tempat memasak, singki dan peti sejuk berada dalam ruang atau sudut sesuai bagi melancarkan pergerakan ketika memasak.

Zarina berkata, biasanya reka bentuk kabinet dapur bergantung kepada gaya hidup anda seisi keluarga.

Antara reka bentuk popular ialah kabinet dapur yang disusun sebaris dan hanya satu dinding digunakan.

“Rekaan ini sangat sesuai untuk ruang dapur sempit selain membuatkan pergerakan ketika memasak lebih selesa.

“Susun atur bentuk U pula memerlukan ruang dapur lebih luas dan membabitkan tiga bahagian dinding.

“Penggunaan kaunter pulau sangat sesuai untuk ruang makan tidak formal,” katanya.

Seterusnya anda perlu peka dengan konsep keseluruhan kediaman sebelum membuat pilihan kemasan kabinet dapur.

Ia penting bagi mengurangkan insiden penataan janggal atau kurang selari.

“Kini terdapat pelbagai kemasan yang menarik untuk dipilih. Segalanya bergantung kepada cita rasa dan bajet anda.

“Antara yang popular adalah melamin. Ia seakan-akan serbuk kayu yang dimampatkan hingga menjadi kepingan setebal 15 milimeter,” katanya.

Melamin digunakan untuk pintu dan rangka kabinet dapur selain ia material tahan panas.

Kemasan kaca berwarna atau 3G material yang diperbuat daripada kaca dalam pelbagai warna.

Biasanya kemasan pintu 3G didatangkan dengan ‘built in handle’ dan bingkai aluminium. Kemasan ini lebih berat berbanding kemasan lain.

Selepas memilih kemasan sesuai, anda perlu membuat pilihan penggunaan engsel, pelengkap laci, pemegang dan aksesori hiasan.

Kini kabinet dapur turut disertakan dengan pintu laci yang ditutup secara lembut atau perlahan. Ada juga yang tertutup sendiri tanpa sebarang bunyi.

Jika semua elemen penting kabinet dapur itu dipilih tanpa mengambil kira kesesuaiannya, anda mungkin berdepan masalah sebaik siap dipasang.

Pemegang pintu pula mempunyai pelbagai pilihan menarik. Biasanya kabinet dapur konsep moden ditampilkan dengan pemegang pintu berasaskan aluminium untuk kemasan pintu kaca atau akrilik.

Jika semua kelengkapan itu sudah dikenal pasti, langkah seterusnya memilih kemasan terbaik untuk permukaan meja kerja.

Antara material popular ialah konkrit yang diperbuat daripada konkrit asas dan dikemaskan dengan jubin terpilih.

Permukaan konkrit biasanya lebih lasak dan sesuai digunakan pada dapur basah.

“Selain itu, permukaan meja kerja (table top) berlatarkan melamin juga tidak kurang menariknya dan ia membabitkan bahan sama untuk pintu. Cuma bezanya didatangkan dengan pelbagai corak,” kata Zarina berganding bahu membangunkan Impiana Dagang bersama suaminya Amran Abdullah.

Kunjungi pejabat Impiana Dagang di 233A, Jalan Bandar 13, Pusat Bandar Taman Melawati, Kuala Lumpur atau layari www.impianadagang.com atau www.dapuridaman.com atau e-mel kepada [email protected] untuk maklumat lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Februari 2016 @ 5:01 AM