Anggota bomba bertungkus lumus memadam kebakaran rumah setinggan di Batu 3, Jalan Apas Kampung Buaya, Tawau. FOTO ihsan bomba
Anggota bomba bertungkus lumus memadam kebakaran rumah setinggan di Batu 3, Jalan Apas Kampung Buaya, Tawau. FOTO ihsan bomba
Oleh Norasikin Daineh

Tawau: Sebanyak 40 rumah setinggan musnah dijilat api di Batu 3, Jalan Apas, Kampung Buaya, dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba Tawau Mohd Razali Awang Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada 3.54 pagi.

"Sepasukan anggota bomba ke lokasi sebaik menerima panggilan dan tiba di lokasi pada 4.04 pagi.

"Operasi mengawal kebakaran segera dilakukan dan api berjaya dikawal pada 4.23 pagi dan mendapati sebanyak 40 rumah setinggan musnah dalam kejadian itu, " katanya ketika dihubungi, pagi tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Februari 2016 @ 9:23 AM