PELANGGAN yang bertaruh diserbu STAGG.
PELANGGAN yang bertaruh diserbu STAGG.
Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Subang Jaya: Boleh makan bufet percuma disediakan hingga kenyang. Malah pengunjung ditawarkan hadiah lumayan cabutan bertuah RM1,500.

Itu antara promosi dan tarikan digunakan beberapa premis perjudian atas talian yang dikesan beroperasi sekitar daerah Puchong di sini.

Malah hampir kebanyakan premis menggunakan modus operandi sama bagi memastikan lebih ramai pelanggan datang berjudi dan menghabiskan masa lama di ‘kasino’ milik sindiket.

Taktik pemasaran itu bagaimanapun dibongkar anggota Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) Bukit Aman yang melakukan serbuan di 10 premis judi di kawasan itu malam kelmarin.

Dalam serbuan bermula jam 10.50 malam itu, seramai 69 individu membabitkan kaki judi, penjaga dan operator premis judi itu diberkas.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Februari 2016 @ 7:51 AM