Menjadi kebiasaan lalu lintas di lebuh raya sesak ketika cuti perayaan dan ia tambah teruk jika dengan kehadiran banyak kenderaan berat. - Foto Fail
Menjadi kebiasaan lalu lintas di lebuh raya sesak ketika cuti perayaan dan ia tambah teruk jika dengan kehadiran banyak kenderaan berat. - Foto Fail
Kalidevi Mogan Kumarappa


Kuala Lumpur: Bagi mengelak kesesakan serta masalah sempena cuti Tahun Baru China minggu depan, semua kenderaan berat kecuali membawa muatan makanan, bahan api, sampah dan perubatan dilarang memasuki semua lebuh raya dan laluan utama pada 6, 7, 13 dan 14 Februari ini.

Pengarah Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk V Valluvan Veloo berkata, larangan berkenaan adalah untuk kenderaan berat seperti treler dan lori, bertujuan mengurangkan kesesakan di jalan utama sempena cuti Tahun Baru Cina

“Langkah itu juga bertujuan memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

“Bagaimanapun, ia terkecuali untuk kenderaan berat membawa muatan makanan, bahan api, sampah, perubatan dan bagi yang benar-benar perlu berada di atas jalan pada tarikh berkenaan," katanya.

s

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Februari 2016 @ 2:42 PM