Sebahagian pemandu warga asing yang ditahan. FOTO Kalidevi Mogan Kumarappa
Sebahagian pemandu warga asing yang ditahan. FOTO Kalidevi Mogan Kumarappa
Kalidevi Mogan Kumarappa

[email protected]. my

Putrajaya : Seramai 166 pemandu warga asing yang memandu kenderaan perdagangan sudah ditahan sejak awal tahun ini di kawasan Lembah Klang.

Pengarah Penguatkuasaan JPJ Datuk V Valluvan Veloo berkata, semua pemandu berkenaan ditahan dalam beberapa operasi yang dijalankan bersama Jabatan Imigresen Malaysia melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan(NBOS).

Katanya, operasi itu dijalankan bertujuan untuk mengekang masalah lambakan pemandu warga asing yang memandu kenderaan perdagangan dan perkhidmatan awam.

“Operasi ini akan diadakan di negeri lain secara berperingkat-peringkat dalam tempoh dua minggu akan datang.

"Saya ingin ingatkan kepada majikan,berhenti menggaji pekerja asing sebagai pemandu dan jika masih berdegil,bersedia untuk ditahan dan dihadapkan ke mahkamah, " katanya pada sidang media bersama Pengarah Penguatkuasa Jabatan Imigresen, Datuk Jaafar Mohamed.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Mei 2016 @ 1:29 PM