KUALA LUMPUR 31 OCTOBER 2015. Electronic Cigarette (VAPE). NSTP/Saddam Yusoff
KUALA LUMPUR 31 OCTOBER 2015. Electronic Cigarette (VAPE). NSTP/Saddam Yusoff
Erdiehazzuan Ab Wahid

Putatan: Muzakarah Khas Majlis Fatwa Negeri Sabah memutuskan penggunaan rokok elektronik atau vape dan shisha adalah haram mengikut hukum syarak.

Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar, berkata keputusan itu dibuat berdasarkan hujah, pandangan dan cadangan diberikan ahli muzakarah.

"Ahli muzakarah yang hadir memutuskan bahawa penggunaan kedua-dua produk ini haram dan umat Islam dilarang menghisapnya.

"Keputusan ini akan disyorkan kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) untuk tindakan selanjutnya termasuk berkaitan undang-undang," katanya dalam sidang media di Balai Cerap Al Biruni, di sini, sebentar tadi.

Bungsu berkata, dalil umum dalam penggunaan kedua-dua produk itu jelas memudaratkan dan memberi kesan terhadap kesihatan.

"Kami hanya memutuskan penggunaan barangan ini melalui hukum syarak dan tertakluk kepada kerajaan negeri untuk meneruskan tindakan selanjutnya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 January 2016 @ 2:51 PM