Lima lelaki warga Thailand yang bekerja di sebuah kedaimakan di Tepoh, Kuala Nerus ditahan kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja di negeri ini.
Lima lelaki warga Thailand yang bekerja di sebuah kedaimakan di Tepoh, Kuala Nerus ditahan kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja di negeri ini.
Oleh Zaid Salim


Kuala Terengganu: Jabatan Imigresen Malaysia Terengganu menahan 28 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk lima wanita dan dua kanak-kanak berusia satu dan dua tahun dalam Ops Ikrar di daerah ini dan Kuala Nerus, petang tadi.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan JIM Terengganu Ahmad Salihin Salleh yang mengetuai operasi berkata, Ops Ikrar menyasarkan kedai makan, kedai perabot dan permaidani, bermula 3 petang hingga 8 malam tadi.

Katanya, operasi dilakukan dengan pembabitan anggota dan pegawai seramai 29 orang termasuk 10 anggota penguatkuasa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Terengganu.

"Seramai 51 orang pekerja asing diperiksa dan daripada jumlah itu seramai 28 orang membabitkan warga Thailand (22), Myanmar dan Pakistan masing-masing seramai tiga orang ditahan kerana melanggar Akta Imigresen.

"Semua PATI terbabit dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Ajil untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 January 2016 @ 11:24 PM