DR Vida (kanan) menunjukkan rekaan dalaman stadium baru.
DR Vida (kanan) menunjukkan rekaan dalaman stadium baru.
Oleh Azlan Hafeedz


Kota Bharu: Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman menjelaskan pihaknya akan berusaha mencari dana tambahan RM60 juta dalam usaha memastikan skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) cemerlang di peringkat global.

Selain tambahan kepada RM16 juta sedia ada, dana berkenaan turut akan digunakan untuk perancangan pembangunan jangka masa panjang.

Hasmiza atau lebih dikenali Dr Vida berkata, bagaimanapun, perkara itu masih dalam perancangan pihaknya berikutan keutamaannya kini menumpukan usaha menyelesaikan masalah tunggakan gaji pemain dan juga pengubahsuaian Stadium Sultan Muhammad IV.

Katanya, walaupun jumlah itu agak besar, pihaknya yakin mampu mencapai sasaran (RM60 juta).

“Semuanya masih dalam perancangan dan paling penting, kita perlu selesaikan dahulu apa yang dipersetujui untuk jangka masa pendek.

“Sebagai satu daripada 35 syarat diberikan kepada Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), kebajikan pemain iaitu gaji akan diberi perhatian serius.

“Tahun ini, kita mulakan dengan RM16 juta bagi dua musim manakala RM60 juta itu pula untuk jangka masa panjang,” katanya yang juga Penasihat Kehormat KAFA.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 January 2016 @ 5:11 AM