Hamzah  berbincang dengan tetamu yang hadir. FOTO Fariz Iswadi Ismail.
Hamzah berbincang dengan tetamu yang hadir. FOTO Fariz Iswadi Ismail.
Oleh Mohd Husni Mohd Noor


Putrajaya: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menambah baik Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) pada Mac depan bagi memberi lebih manfaat kepada siswa di Institut pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, tambah baik turut membabitkan penambahan rakan dagang bagi membolehkan mahasiswa di seluruh negara mempunyai lebih banyak pilihan.

Katanya, buat masa ini, pemegang KADS1M adalah seramai 1.8 juta terdiri daripada penuntut IPTA dan IPTS membabitkan penyertaan 402 rakan dagang.

"Inisiatif berkenaan adalah satu usaha membantu mengurangkan beban kos sara hidup golongan mahasiswa di negara ini," katanya pada sidang media selepas Majlis Sesi ‘Engagement’ dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Persatuan Peniaga di KPDNKK Putrajaya, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 January 2016 @ 8:41 PM