SEORANG anggota Pejabat Tanah dan Galian mengadakan operasi memeriksa lori pengangkut bauksit di jalan keluar kawasana perlombongan bauksit Bukit Goh. FOTO Zulkepli Osman
SEORANG anggota Pejabat Tanah dan Galian mengadakan operasi memeriksa lori pengangkut bauksit di jalan keluar kawasana perlombongan bauksit Bukit Goh. FOTO Zulkepli Osman
Oleh Mohd Fauzi Abdullah


Kuantan: Empat pegawai kanan dan kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang diberkas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai menerima suapan dalam kegiatan perlombongan bauksit haram di daerah ini.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata, tangkapan itu dilakukan pihaknya antara 6 petang hingga 9 malam tadi di rumah mereka.

Katanya, mereka yang ditahan berusia antara 30 hingga 38 tahun dan direman selama seminggu bermula hari ini.

"SPRM turut menemui wang berjumlah RM100,000 di rumah seorang pegawai kanan berkenaan disembunyikan dalam mesin basuh.

“Sehingga kini kita masih menjalankan siasatan lanjut dan tidak menolak kemungkinan ada lagi tangkapan selepas ini," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 January 2016 @ 4:10 PM