ANGGOTA SPRM mengiringi kakitangan PTG Pahang ke Mahakmah Majistret. FOTO ihsan SPRM
ANGGOTA SPRM mengiringi kakitangan PTG Pahang ke Mahakmah Majistret. FOTO ihsan SPRM
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


KAKITANGAN Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 12.05 tengah malam tadi berkaitan aktiviti perlombongan bauksit secara haram.

Lelaki berusia 33 tahun itu ditahan sekitar bandar Kuantan selepas dipercayai menerima rasuah antara RM200 hingga RM500 bagi menyalurkan maklumat kepada pelombong haram mengenai operasi yang dijalankan pihak PTG.

Sumber SPRM berkata, lelaki yang bertugas sebagai pembantu am rendah di PTG itu disyaki terbabit dengan aktiviti itu sejak beberapa bulan lalu sebelum ditangkap dalam operasi dijalankan SPRM di sekitar Kuantan.

"Pihak SPRM sudah memperoleh perintah tahanan reman seminggu pagi tadi yang dimohon oleh Timbalan Pendakwaraya SPRM Mohamad Fadhly Mohd Zamry di Mahkamah Majistret Kuantan," katanya.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Humairah KM Haider.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Ogos 2017 @ 12:55 PM