Menteri Luar Iran Mohammad Javad Zarif (kanan) ketika sidang media dengan Menteri Luar Iraq Ibrahim al-Jaafari di Teheran, hari ini. - Foto AFP
Menteri Luar Iran Mohammad Javad Zarif (kanan) ketika sidang media dengan Menteri Luar Iraq Ibrahim al-Jaafari di Teheran, hari ini. - Foto AFP

Teheran: Arab Saudi perlu memberhentikan tindakannya yang mahu ‘mengecewakan’ Iran dengan menentang pelbagai dasarnya bagi mengurangkan ketegangan di rantau Teluk, kata Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif, hari ini.

“Sejak dua setengah tahun lalu, Arab Saudi membantah dasar Iran, termasuk perjanjian nuklear seiring dengan regim Zionis (Israel). Tindakan yang mencetuskan ketegangan ini perlu dihentikan.” katanya pada sidang akhbar bersama dengan Menteri Luar Iraq Ibrahim al-Jaafari yang melawat Iran.

“Kami tidak pernah cuba mewujudkan ketegangan, kami mengamalkan dasar perbincangan dan dialog,” katanya merujuk kepada langkah kerajaan Iran mengecam tindakan perusuh menyerang Kedutaan Arab Saudi di Teheran.

“Semua pemimpin Iran mengecam perbuatan itu,” katanya.

Ahad lalu, Arab Saudi memutuskan semua hubungan diplomatik, ekonomi dan melarang rakyatnya ke Iran selepas kedutaannya di Teheran serta konsulatnya di Mashhad diserang perusuh yang membantah pelaksanaan hukuman mati terhadap ulama terkenal Syiah Nimr al-Nimr atas tuduhan keganasan Sabtu lalu.

Perjanjian nuklear Iran dengan dengan lima kuasa dunia Julai lalu, dibantah Israel dan Arab Saudi mengkritik perjanjian itu. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 January 2016 @ 7:18 PM