Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua, kanan) merasmikan buku terbitan Universiti Kuala Lumpur, Universiti Utara Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Pengerusi Yayasan Pembangunan Buku Negara pada Majlis Apresiasi Tokoh Sarjana hari ini. - Foto AIZUDDIN SAAD

Oleh Mohd Nasif Badruddin

[email protected]

Kuala Lumpur: Penulis dan ahli akademik tempatan dicabar menghasilkan karya bermutu tinggi yang boleh menembusi pasaran antarabangsa.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau mahu melihat karya tempatan mempunyai nilai komersial dan menjadi tontonan global.

Katanya, usaha ini perlu dimulakan segera supaya dapat melahirkan penerima Anugerah Nobel dari negara ini menjelang ulang tahun ke-100 kemerdekaan negara.

"Kita nak lihat adanya penyelidikan dari saintis atau pakar tempatan menjadi sebutan di peringkat antarabangsa," katanya dalam ucapan perasmian Majlis Apresiasi Tokoh Sarjana: Penerima Anugerah Buku Negara 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Beliau juga turut menyampaikan Anugerah Tokoh Buku Sejarawan kepada Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim yang menerima hadiah wang tunai RM10,000.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 January 2016 @ 11:11 PM