Raja Noraina Raja Rahim


UNIVERSITI Sains Islam Malaysia (USIM) merakam takziah kepada keluarga tokoh sejarawan negara, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim yang meninggal dunia, hari ini.

Menerusi kenyataan dikeluarkan Pusat Komunikasi Strategik USIM hari ini, pemergian ahli akademik berusia 82 tahun itu turut dirasai oleh rakyat Malaysia dan pihak akademik universiti.

Sumbangan besar beliau dalam pembinaan negara bangsa, mengukuhkan penghayatan sejarah di pelbagai peringkat pendidikan, tegas menyampaikan pandangan dan ikhlas memberi teguran, menjadikan beliau disegani serta dihormati.

Pemergian Kay Kim menjadi kehilangan besar buat negara kerana beliau adalah permata gemilang dalam dunia akademik universiti dan kesarjanaannya diiktiraf tinggi yang sukar dicari ganti.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan, Kay Kim meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), 10.13 pagi.

Ahli akademik itu pernah membuat pembedahan pintasan jantung pada Oktober lalu dan keadaan kesihatannya terus merosot selepas pulang daripada rawatan.

b>Berita berkaitan

Khoo Kay Kim meninggal dunia [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Mei 2019 @ 2:47 PM