MAYAT mangsa ditemui terdampar di pantai. FOTO ihsan bomba
MAYAT mangsa ditemui terdampar di pantai. FOTO ihsan bomba
Oleh Mohd Sabran Md Sani


Kota Tinggi: Kanak-kanak berusia 12 tahun ditemui lemas di Pantai Che Minah, Desaru, 5.55 petang tadi.

Sumber bomba dan penyelamat berkata, mayat kanak-kanak itu ditemui terdampar di tepi pantai ketika usaha pencarian dilakukan.

Katanya, usaha mencari mangsa dikerahkan selepas menerima laporan mangsa lemas 4.11 petang tadi.

"Sebuah jentera dari Balai Bomba Penawar yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Abd Rahim bersama enam anggota dikejarkan ke lokasi itu.

"Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang juga pemastautin tetap ditemui terdampar di tepi pantai," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Ogos 2015 @ 8:36 PM