PASUKAN keselamatan membawa naik mayat pertama. FOTO ihsan Bomba
PASUKAN keselamatan membawa naik mayat pertama. FOTO ihsan Bomba
Oleh Mohd Sabran Md Sani


Johor Bahru: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang digerakkan pasukan penyelamat menemukan mayat mangsa lemas pertama di Pantai Desaru, Bandar Penawar, Kota Tinggi, 10.40 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, Mohd Fadli Ismail berkata, mayat J Moventhan, 15, ditemui kira-kira 150 meter dari pantai.

"Mangsa ditemui timbul di permukaan laut pada 10.40 pagi ini," katanya.

Katanya, jarak lokasi mangsa lemas kira-kira satu kilometer dan usaha menjejaki mangsa kedua sedang giat dilakukan.

Mangsa juga diserakan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 January 2016 @ 11:56 AM