SHAW (kanan) patah dua tulang kaki akibat diterjah pertahanan PSV Eindhoven.
SHAW (kanan) patah dua tulang kaki akibat diterjah pertahanan PSV Eindhoven.

Manchester: Pengurus Manchester United Louis van Gaal berkata tiada jaminan buat Luke Shaw kembali bermain untuk Red Devils musim ini selepas dua tulang kakinya patah.

Perkembangan itu secara tidak langsung meranapkan harapannya untuk beraksi pada Euro 2016.

Shaw patah dua tulang kakinya sewaktu tewas 1-2 pada perlawanan Liga Juara-Juara menentang PSV Eindhoven September lalu.

Biarpun Shaw mula menunjukkan perkembangan positif, Van Gaal berkata tiada jaminan dia akan kembali bersama Red Devils sebelum akhir musim ini.

“Ketika ini dia diibaratkan sedang bercuti,” kata Van Gaal.

“Dia sedang berehat dan terus dengan pemulihannya. Perkembangannya semakin baik tetapi saya tidak boleh terlalu spesifik.”

Ditanya sama ada Shaw, 20, akan kembali musim ini, Van Gaal berkata: “Semua itu bergantung. Semuanya berjalan lancar sehingga sekarang.

“Namun dia mengalami kecederaan teruk dan mengambil masa yang panjang untuk sembuh.

“Keadaannya semakin baik tetapi saya tidak boleh katakan sama ada dia akan kembali musim ini.” - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 January 2016 @ 5:11 AM