GIGGS (kiri) kembali jadi calon pilihan andai Van Gaal meletak jawatan.
GIGGS (kiri) kembali jadi calon pilihan andai Van Gaal meletak jawatan.

London: Manchester United berdepan dilema besar mengenai masa depan Ryan Giggs di Old Trafford.

Pengurus yang tertekan Louis van Gaal kembali ke Manchester kelmarin untuk mengendalikan latihan selepas pulang dari Belanda ketika menyedari naib pengerusi eksekutif United Ed Woodward berazam mengekalkannya.

Namun Van Gaal masih boleh melepaskan jawatannya jika beliau berasa gagal mengubah nasib Red Devils dan jika kedudukan mereka dalam kelompok empat teratas semakin sukar digapai.

Akhbar Britain Daily Mirror difahamkan pemimpin Old Trafford bimbang Giggs akan menamatkan tempoh 28 tahun dan meninggalkan kelab itu jika beliau sekali lagi tidak diendahkan sekiranya Van Gaal meletak jawatan.

Legenda United Giggs, 42, akan sekali lagi berada dalam senarai teratas calon jika Van Gaal memutuskan untuk melepaskan jawatan diikuti bekas bos Chelsea Jose Mourinho.

Sumber dalaman kelab menegaskan mereka tidak akan membazirkan masa cuba merekrut Pep Guardiola kerana bos Bayern Munich itu sudah komited terhadap Manchester City, sekalipun tidak mengumumkannya secara khalayak.

Mereka juga bimbang Giggs enggan menjadi nombor dua sekali lagi di bawah pengurus baru tanpa sebarang jaminan mengenai masa depannya.

Jika mereka mengambil Mourinho ia akan menimbulkan persoalan utama sama ada Giggs mempunyai masa depan di Old Trafford.

Pengendali dari Wales itu juga mungkin enggan menjadi bos sementara sekali lagi kecuali jika ia menjurus kepada tugas hakiki. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 January 2016 @ 11:03 AM