Shahidan mencium bayi, Nor Aishah Farhana Nor Hisham, berusia tujuh bulan sambil diperhatikan ibunya, Rosmawati Awang,39, di Pusat Pemindahan Bencana di Dewan Serbaguna Felda RKP Seberang Tayor, Kemaman. FOTO Aswadi Alias

Oleh Zaid Salim

Chukai: Kerajaan memberi jaminan bekalan makanan yang dibekalkan di semua pusat pemindahan banjir di seluruh negara mencukupi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, mulai tahun ini juga kerajaan menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memperkenalkan kit bekalan makanan segera seperti makanan dalam tin yang boleh dimakan tanpa dimasak.

“Kit bekalan makanan segera ini boleh digunakan dalam tempoh tiga hari dan diagihkan ke pusat pemindahan pada hari pertama mangsa dipindahkan," katanya pada sidang media selepas meninjau mangsa banjir di Pusat Pemindahan Bencana di Dewan Serbaguna FELDA Seberang Tayor, di sini, hari ini.

Menurutnya, pemimpin di kawasan dilanda banjir juga diminta supaya membekalkan makanan segar kepada mangsa banjir di kawasan mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Disember 2015 @ 12:11 AM