SEORANG mangsa banjir mengangkat barangan pulang ke rumah setelah pusat pemindahan mangsa bencana ditutup. FOTO NSTP
SEORANG mangsa banjir mengangkat barangan pulang ke rumah setelah pusat pemindahan mangsa bencana ditutup. FOTO NSTP
Oleh Isma Ismail


Chukai: Banjir di Terengganu pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan terakhir mangsa bencana itu di Dewan Sivik FELDA Seberang Tayor, Kemaman ditutup pada 2.30 petang tadi.

Dengan penutupan pusat pemindahan itu, 286 orang daripada 66 keluarga yang ditempatkan di situ dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Negeri (JPBN) mengesahkan penutupan pusat pemindahan itu.

Menjelang pagi tadi, pusat pemindahan di Dewan Orang Ramai Seberang Tayor, dekat sini, turut ditutup.

Pejabat Daerah Kemaman turut mengeluarkan kenyataan yang ditandatangani Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat), Mohd Azmi Mustafa pada 2.30 petang memaklumkan penutupan rasmi Bilik Gerakan Bencana Daerah Kemaman pada hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Disember 2015 @ 6:04 PM