Mohd Nor Ismail, 58 (dua dari kiri) menyiram pusara anaknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sri Bengkal, Sri Gading, 3.10 pagi tadi. FOTO Mohd Hanafis Abdul Haris
Mohd Nor Ismail, 58 (dua dari kiri) menyiram pusara anaknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sri Bengkal, Sri Gading, 3.10 pagi tadi. FOTO Mohd Hanafis Abdul Haris
Oleh Mohd Hanafis Abdul Haris

Batu Pahat: Jenazah remaja yang lemas di Pantai Rhu Sepuluh, Setiu, Kuala Terengganu, Isnin lalu, Allahyarham Muhammad Wafiq Mohd Noor,17, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sri Bengkal, Sri Gading, jam 3.10 pagi tadi.

Allahyarham dikebumikan selepas disolatkan di Masjid Jamek Kampung Sri Bengkal sebaik sahaja van jenazah dari Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu tiba pada jam 2.25 pagi tadi.

Kira-kira 200 penduduk kampung, ahli keluarga serta saudara-mara hadir.

Jenazah Muhammad Wafiq disemadikan tidak jauh dari kubur rakannya Muhamad Naim Adnan, 17 yang juga lemas pada kejadian Isnin lalu.

Dalam kejadian itu, Muhammad Wafiq dan Muhamad Naim lemas ketika bermain air di pantai itu manakala seorang lagi terselamat.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Disember 2015 @ 12:06 PM