MILAN menamatkan aksi berdepan Juve dengan keputusan seri tanpa jaringan. FOTO Reuters
MILAN menamatkan aksi berdepan Juve dengan keputusan seri tanpa jaringan. FOTO Reuters
AFP

Turin: AC Milan melangkah setapak lagi untuk melayakkan diri Liga Juara-Juara Eropah selepas seri tanpa jaringan dengan seteru Serie A, Juventus.

Stefano Pioli semakin hampir membantu Milan mendapatkan kedudukan kedua, sekali gus memastikan slot ke kejohanan kelab terbaik Eropah menjelang musim terakhirnya di kelab itu.

Pioli dilaporkan akan digantikan oleh Julen Lopetegui selepas kempen yang berakhir dengan bencana, selepas penyingkiran Liga Europa di tangan Roma dan kekalahan tetangga yang memalukan, sekali gus memberikan gelaran liga kepada Inter Milan.

Bagaimanapun, dengan penamat lima teratas menjamin kedudukan ke Liga Juara-Juara Eropah, selepas Milan berada 15 mata di depan Lazio yang berada di tempat keenam.

Lazio mencatat kemenangan 1-0 ke atas Verona tatkala mempunyai baki empat perlawanan musim ini.

Atalanta, yang mempunyai enam perlawanan lagi untuk dimainkan akan beraksi menentang Empoli awal pagi esok.

"Saya gembira dengan apa yang ditunjukkan pemain hari ini...mereka terus berjuang hingga ke penghujung," kata Pioli kepada DAZN selepas pasukannya gagal mencatatkan sebarang percubaan tepat.

"Saya gembira dengan semangat itu. Mereka melaksanakan rancangan dengan sikap yang hebat dalam tempoh sukar musim ini untuk kami."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 April 2024 @ 12:14 PM