KEADAAN kereta Proton Waja dinaiki dua lelaki terbabit kes pecah rumah. Gambar kecil, dua daripada tiga suspek yang ditahan.
KEADAAN kereta Proton Waja dinaiki dua lelaki terbabit kes pecah rumah. Gambar kecil, dua daripada tiga suspek yang ditahan.
Oleh Omar Osman

Sungai Petani: Tindakan lima lelaki menaiki dua kereta melakukan samun mengundang padah apabila tiga daripada mereka ditahan orang ramai dalam kejadian di Taman Petani Jaya, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.45 pagi, kelibat tiga suspek yang berada di atas bumbung rumah disedari orang ramai yang kebetulan melalui kawasan itu sebelum mengepung kawasan berkenaan.

Menyedari dikepung, ketiga-tiga suspek cuba melarikan diri sebelum seorang daripada mereka ditahan.

Saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Ong, 30, berkata, dua lagi rakan lelaki berkenaan melarikan diri menaiki kereta Perodua Viva sebelum dikejar orang ramai.

Katanya, kereta itu ditahan 20 meter dari kawasan perumahan menyebabkan kedua-dua lelaki terbabit ditahan lalu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Disember 2015 @ 7:31 AM