DARI kiri, Kamiya, lchihara, Faizal Rosli dan Siti Sara. FOTO Ihsan Brahim's
DARI kiri, Kamiya, lchihara, Faizal Rosli dan Siti Sara. FOTO Ihsan Brahim's
Amir Abd Hamid


Sepang: Japan Airlines, satu daripada tujuh syarikat penerbangan terbaik dunia, menganugerahkan Brahim's Food Services Sdn Bhd (BFS) sebagai Katerer Paling Ditambah Baik Di Seluruh Dunia (Most Improved Caterer Worldwide) di bawah kategori Anugerah Kualiti Kebersihan.

BFS yang juga anak syarikat Brahim's Holdings Berhad (BHB) menerima sijil anugerah itu pada majlis baru-baru ini dengan diwakili Ketua Pegawai Operasi BFS, Faizal Rosli Abdullah dan sijil disampaikan oleh Pengarah Kumpulan Pengurusan Keselamatan Japan Airlines, lchihara Yukiko.

Faizal dalam kenyataannya mengucapkan penghargaan dan tahniah kepada semua warga kerja Brahim's atas usaha kuat, kerja keras dan keazaman menjayakan Audit Kebersihan Japan Airlines.

"Kerjasama dan kerja berpasukan sudah membuahkan kejayaan dan hari ini kami menerima pengiktirafan daripada Japan Airlines.

"Bersama-sama, kami akan berusaha untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada Japan Airlines!," katanya pada majlis penyampaian sijil berkenaan di pejabat BFS, di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Penolong Pengurus Kumpulan Operasi Katering Japan Airlines Kamiya Shigeo dan Ketua Pemasaran BFS Siti Sara Mohd Sarif.

Dalam memastikan makanan yang dibekalkan adalah selamat, terjamin dan boleh dipercayai pelanggan, Kumpulan Japan Airlines mengimplimentasikan sistem pengurusan keselamatan makanan bagi anak syarikat yang disatukan.

Japan Airlines juga kerap mengendalikan audit kebersihan di lounge kendalian sendiri dan dua kali setahun ke atas katerer di semua tapak operasi bagi memastikan piawaian pengurusan kebersihan adalah sesuai dengan jenama JAL yang dikawal ketat.

Manual Pengurusan Kebersihan yang berlandaskan undang-undang dan Codex berkaitan setiap negara, mentakrifkan piawaian kebersihan yang perlu dipatuhi, termasuk risk judgment criteria, item semakan audit dan kaedah analisi trend near miss.

Dengan itu, pengendali katering dan 'lounge' telah memantapkan prosedur dalam memastikan pengurusan bersesuaian dengan kandungan Manual Pengurusan Kebersihan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Jun 2024 @ 5:40 PM