SULTAN Sallehuddin (dua dari kanan)  berkenan melakukan acara tepung tawar sebagai simbolik pentauliahan panji-panji baharu  pada Istiadat  Pertukaran Panji-Panji Rejimen Batalion Pertama dan Ketujuh RAMD di Kem Perdana Sungai Besi, semalam.

Nor Azizah Mokhtar

Kuala Lumpur: Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan menyempurnakan Istiadat Pertukaran Panji-Panji Rejimen Batalion Pertama dan Ketujuh Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Kem Perdana Sungai Besi di sini, semalam.

Baginda yang juga Kolonel Yang Dipertua RAMD turut bertitah meminta kedua-dua batalion memantapkan kesatuan serta meningkatkan keupayaan tempur untuk mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negara.

“Beta amat berbangga dengan prestasi ditunjukkan kedua-dua batalion ini dalam melaksanakan amanah diberi oleh rakyat jelata.

“Sehubungan itu, beta menaruh sepenuh kepercayaan bahawa kedua-dua batalion ini akan terus dapat mengekalkan keyakinan itu,” titah baginda selepas Perbarisan Mara Mengadap.

Turut berangkat, Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff dan Raja Muda Kedah, Tengku Sarafuddin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Disember 2018 @ 9:39 AM