ANTARA barang kes yang dirampas dala operasi membenteras pemburuan hidupan liar di Hutan Simpan Berkelahsi FOTO Perhilitan Pahang.
ANTARA barang kes yang dirampas dala operasi membenteras pemburuan hidupan liar di Hutan Simpan Berkelahsi FOTO Perhilitan Pahang.
Asrol Awang


Kuantan: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang menahan tiga warga Kemboja dalam operasi membanteras pemburuan hidupan liar di Hutan Simpan Berkelah, di sini kelmarin.

Pengarahnya, Rozidan Md Yasin, berkata tiga warga asing yang berumur antara 50 dan 60 tahun itu ditahan oleh Pasukan Taktikal Khas Perhilitan (SPARTA).

Katanya, hasil pemeriksaan di khemah warga asing terbabit turut menemukan beberapa utas jerat dan bahagian hidupan liar serta peralatan kerja dipercayai digunakan untuk mengambil hasil hutan.

"Tiga warga Kemboja ditahan reman selama tujuh hari sehingga 1 Julai depan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) / Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2022 (Akta A1646).

"Dalam kes ini, kita komited untuk melindungi dan memelihara khazanah negara daripada sebarang ancaman jenayah terhadap hidupan liar di Malaysia," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, orang ramai diminta menyalurkan sebarang aduan serta maklumat berkenaan hidupan liar kepada Pejabat Perhilitan berhampiran atau melalui talian hotline 1-800-88-5151 atau e-aduan di laman sesawang www.wildlife.gov.my.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Jun 2024 @ 11:08 AM