Keadaan salah sebuah dari tiga rumah teres yang terbakar di Jalan Indah 4, Taman Sri Indah, malam tadi. FOTO IHSAN BOMBA
Keadaan salah sebuah dari tiga rumah teres yang terbakar di Jalan Indah 4, Taman Sri Indah, malam tadi. FOTO IHSAN BOMBA
Amirul Aiman Hamsuddin


Sungai Besar: Tiga rumah teres terbakar di Jalan Indah 4, Taman Sri Indah, di sini, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar Muhammad Khuzaimey Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.47 malam.

Beliau berkata, pihaknya menggunakan empat jentera dengan dibantu oleh 24 anggota termasuk dari BBP Sabak Bernam dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS).

"Kebakaran membabitkan tiga unit rumah teres.

"Rumah pertama terbakar 80 peratus, manakala rumah kedua 15 peratus dan rumah ketiga pula 5 peratus," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Muhammad Khuzaimey berkata, kebakaran dapat dikawal pada 9.31 malam.

"Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kebakaran itu.

"Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Operasi tamat sepenuhnya pada 11.10 malam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 January 2021 @ 8:40 AM