Insiden kemalangan membabitkan sebuah kereta dengan bas ekspres yang mengorbankan seorang lelaki di Kilometer 155.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Sungai Bakap. FOTO Ihsan JBPM
Insiden kemalangan membabitkan sebuah kereta dengan bas ekspres yang mengorbankan seorang lelaki di Kilometer 155.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Sungai Bakap. FOTO Ihsan JBPM
Nur Izzati Mohamad


Nibong Tebal: Seorang maut manakala seorang lagi parah selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 155.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Sungai Bakap, di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Bakap ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan jam 4.36 pagi berhubung insiden berkenaan.

Katanya, pemeriksaan di lokasi mendapati kemalangan itu membabitkan kereta jenis Proton Gen2 yang dinaiki dua lelaki berusia 30 dan 40 tahun dengan bas ekspres.

"Dua mangsa telah tersepit di ruang pemandu dan penumpang. Anggota kemudian menjalankan kerja mengeluarkan mereka berdua dalam kenderaan terbabit.

"Mangsa berusia 30 tahun disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan di lokasi manakala seorang lagi cedera di bahagian muka," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Bakap (HSB) untuk proses bedah siasat dan mangsa cedera turut dikejarkan ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, polis mengesahkan menerima laporan berhubung kemalangan berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

habis//

#kw, satu maut, satu parah, kemalangan kereta dan bas ekspres, Sungai Bakap, Nibong Tebal

From: zati

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Jun 2024 @ 8:59 AM