KERETA yang musnah terbakar.FOTO ihsan Polis
KERETA yang musnah terbakar.FOTO ihsan Polis
Shamsul Munir Safini


Nibong Tebal: Pemandu lelaki bersama dua penumpangmya terselamat selepas kereta dinaiki terbakar di Kilometer 155.9 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, dekat Sungai Bakap di sini, 4.45 petang tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa, 24, memandu kereta dari Juru ke arah Nibong Tebal sebelum berhenti di lorong kecemasan kerana belakang keretanya tiba-tiba berasap.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintendan Shafee Abd Samad berkata, sejurus pemandu dan penumpang keluar dari kereta, kenderaan itu mula terbakar.

Beliau berkata, pemandu dan penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kesesakkan 5 km dilaporkan berlaku dari Bukit Tambun ke arah Jawi. Lorong kiri ditutup dan hanya lorong kanan dibuka manakala tiada kesesakkan dari arah bertentangan.

"Kebakaran telah dipadamkan anggota bomba," katanya.

Shafee berkata, ketiga-tiga mangsa tidak mengalami kecederaan manakala kereta 100 peratus terbakar.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Disember 2016 @ 9:28 PM