Keadaan lori dan van yang terbabit dalam kemalangan hingga menyebabkan empat lelaki cedera akibat tersepit di Kilometer (KM) 157.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat Sungai Bakap, Nibong Tebal. FOTO  Ihsan JBPM
Keadaan lori dan van yang terbabit dalam kemalangan hingga menyebabkan empat lelaki cedera akibat tersepit di Kilometer (KM) 157.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat Sungai Bakap, Nibong Tebal. FOTO Ihsan JBPM
Nur Izzati Mohamad


Nibong Tebal: Empat lelaki cedera di kepala dan kaki dalam kemalangan membabitkan lori dan van di Kilometer 157.9 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Sungai Bakap, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari, kesemua mangsa berusia 28 hingga 60 tahun dilaporkan tersepit dalam kenderaan sebelum dikeluarkan oleh anggota bomba.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, berkata sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Bakap dihantar ke lokasi sebaik menerima panggilan pada 12.10 tengah hari.

"Ketika tiba di lokasi didapati kemalangan membabitkan sebuah lori dan van yang berlanggar sebelum terbabas hingga melanggar sebatang pokok di tepi lebuh raya.

"Akibat itu, empat mangsa tersepit dalam kenderaan dinaiki mereka," katanya dalam kenyataan, di sini.

Katanya, kesemua mangsa mengalami kecederaan di kepala dan kaki dibawa ke Hospital Sungai Bakap (HSB) untuk rawatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 January 2024 @ 3:55 PM