Dua kereta dan sebuah van yang dipercayai membawa datuk, nenek dan kedua ibu bapa kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin, tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, di sini, hari ini. FOTO Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Suraya Rosalan dan Raja Noraina Raja Rahim dan Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Petaling Jaya: Kenderaan yang membawa datuk dan nenek kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin dilihat tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya.

Mereka dilihat tiba kira-kira jam 9.12 pagi menaiki dua buah kenderaan.

Difahamkan, mereka dibawa ke Kompleks Mahkamah di sini, dipercayai bagi memohon reman ke atas mereka.

Semalam, suami isteri itu ditahan anggota D9 Ibu Pejabat Polis Selangor jam 2.30 petang.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, penahanan mereka bagi membantu siasatan pembunuhan Zayn Rayyan.

Semalam, datuk dan nenek Zayn Rayyan itu bersama anaknya hadir di Kompleks Mahkamah di sini, selepas dimaklumkan mengenai menantu perempuannya iaitu ibu kanak-kanak terbabit direkod keterangan di hadapan majistret.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Jun 2024 @ 9:47 AM