GAMBAR kenangan Zahari Mohd Reba dan cucunya, Zayn Rayyan Abdul Matin. FOTO ihsan Zahari Mohd Reba
GAMBAR kenangan Zahari Mohd Reba dan cucunya, Zayn Rayyan Abdul Matin. FOTO ihsan Zahari Mohd Reba
Muhaamad Hafis Nawawi


Petaling Jaya: Keluarga kepada bapa kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, enggan mengulas lanjut berhubung penahanan anak serta menantu mereka buat masa ini.

Datuk kepada kanak-kanak itu, Zahari Mohd Reba, 55, berkata, penahanan anak lelaki dan menantunya hanya diketahui menerusi rakan yang mengikutinya melakukan ekspedisi di sebuah hutan di Dungun, Terengganu.

Katanya, dia tidak mempunyai maklumat yang jelas berhubung penahanan mereka.

"Buat masa sekarang, saya tidak boleh ulas apa-apa sebab sekarang sedang berada di luar dan baru keluar dari hutan di Dungun.

"Jadi, jaringan Internet tidak begitu baik, saya hanya dimaklumkan penahanan itu daripada rakan-rakan sahaja," katanya dihubungi, hari ini.

Zahari berkata, keluarganya tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga dia pulang dan berbincang bersama keluarga.

"Keluarga saya tidak dapat keluarkan kenyataan buat masa ini, tunggu sehingga saya pulang," katanya.

Terdahulu, polis menemukan bukti baharu dalam siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan Abdul Matiin pada Disember tahun lalu yang turut membawa kepada penahanan ibu bapa kanak-kanak autisme itu, Jumaat lalu.

Penahanan pasangan berusia 28 tahun itu dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah D9 (Siasatan Khas) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di kediaman keluarga mereka di Puncak Alam, jam 10.25 pagi dan perintah reman diperoleh semalam.

Kronologi kes pembunuhan Zayn Rayyan

Ibu bapa Zayn Rayyan beri kerjasama baik - Peguam

'Drama' kian terungkai

Jangan cepat buat spekulasi! - Peguam

Polis siasat motif pembunuhan Zayn Rayyan

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Jun 2024 @ 3:27 PM