RAZARUDIN bersalaman bersama orang ramai pada Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Kuda Lasak (Terbuka) Piala Ketua Polis Negara sempena Peringatan Hari Polis ke-217 di Setiu. FOTO Ghazali Kori
RAZARUDIN bersalaman bersama orang ramai pada Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Kuda Lasak (Terbuka) Piala Ketua Polis Negara sempena Peringatan Hari Polis ke-217 di Setiu. FOTO Ghazali Kori
Zatul Iffah Zolkiply


Setiu: Tiada tangkapan terbaharu dilakukan berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang meninggal dunia akibat dibunuh pada Disember tahun lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, setakat ini, hanya ibu bapa kepada Zayn Rayyan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, masyarakat juga diminta memberi ruang kepada pihaknya untuk menjalankan siasatan.

"Bagi polis menyiasat (susulan) tangkapan kedua ibu bapa dia (Zayn Rayyan). Buat masa ini (tiada tangkapan lain). Itu sahaja," katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Kuda Lasak (Terbuka) Piala Ketua Polis Negara 2024 di Terengganu International Endurance Park, Lembah Bidong, di sini, hari ini.

Terdahulu, majlis penyampaian hadiah itu disempurnakan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Media sebelum ini melaporkan ibu bapa Zayn Rayyan ditahan dan direman tujuh hari bermula semalam hingga 7 Jun bagi membantu siasatan pembunuhan kanak-kanak autisme itu.

Pada 6 Disember tahun lalu, mayat Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.

Sejak itu pihak polis melakukan siasatan berterusan bagi mencari suspek yang menyebabkan kematian kanak-kanak itu, sehingga membawa kepada penahanan terbaharu itu.

Kronologi kes pembunuhan Zayn Rayyan

'Drama' kian terungkai

Jangan cepat buat spekulasi! - Peguam

Polis siasat motif pembunuhan Zayn Rayyan

Ibu bapa Zayn Rayyan direman 7 hari

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Jun 2024 @ 12:06 PM