Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan
Amirul Aiman Hamsuddin


Hulu Selangor: Polis membuka dua kertas siasatan berhubung kejadian dinding pagar sebuah masjid di Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu yang diconteng dengan perkataan menghina agama Islam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima laporan daripada ahli jawatankuasa (AJK) masjid terbabit pada jam 9 pagi hari ini.

"Kita membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, gambar dinding pagar masjid itu diconteng dengan cat sembur sebelum tular di laman sosial yang memaparkan perkataan kesat iaitu Islam B***h.

Rata-rata netizen menyifatkan perbuatan vandalisme itu melampaui batas dan mencetus provokasi selain menyentuh sensitiviti agama Islam.

Difahamkan, pihak masjid sudah mengecat semula dinding pagar terbabit

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Mei 2024 @ 3:21 PM