LAPORAN terdahulu
LAPORAN terdahulu
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil


Petaling Jaya: Lelaki yang ditahan, disyaki terbabit kes simbah asid pemain bola kebangsaan Faisal Halim direman dua hari bermula hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek berusia 20-an itu akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, lelaki itu ditahan di Pandan Indah, Ampang itu malam tadi dan polis dilapor sudah merakam keterangan tiga individu termasuk Faisal.

"Kita akan memanggil beberapa saksi bebas bagi membantu siasatan. Motif kejadian masih dalam siasatan" katanya.


Polis terima laporan Faisal Halim disimbah asid

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Mei 2024 @ 1:24 PM