GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Asrol Awang


Kuantan: Ibu tunggal rugi RM108,540 selepas terpedaya skim pelaburan Bitcoin dalam talian yang tidak wujud.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, mangsa berusia 37 tahun yang membuat laporan semalam, mendakwa menyertai skim pelaburan saham yang dijanjikan keuntungan lumayan melalui Instagram, awal Mac lalu.

"Mangsa melakukan 26 transaksi pindahan wang ke 15 akaun bank berlainan yang berjumlah RM109,540, dengan sumber kewangannya adalah wang simpanan dan pinjaman keluarga serta rakan.

"Mangsa hanya sedar ditipu selepas suspek meminta pelbagai bayaran tambahan untuk pelaburan sebelum dapat mengeluarkan keuntungan.

"Justeru, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Yahaya menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan sindiket pelaburan yang tidak wujud dan sentiasa membuat semakan maklumat di pautan https://semakmule.rmp. gov.my.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Mei 2024 @ 12:53 PM