AGONG zahir ucapan buat PDRM.
AGONG zahir ucapan buat PDRM.
BERNAMA

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas khidmat dan jasa yang disumbangkan dalam menjaga keselamatan serta keamanan negara.

Seri Paduka Baginda yang juga Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat PDRM turut menghargai sumbangan serta jasa pesara polis yang mencurahkan sumbangan dalam menjaga kesejahteraan rakyat.

"Al-Fatihah buat mereka yang pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan syuhada.

"Selamat menyambut Hari Polis Ke-217 kepada seluruh warga PDRM dan veteran," titah Seri Paduka Baginda menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Sambutan Hari Polis pada tahun ini masih mengekalkan tema 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada'.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Mac 2024 @ 9:10 AM