PASUKAN bomba membantu mengeluarkan kaki kanak-kanak yang tersepit eskalator. FOTO Ihsan Bomba
PASUKAN bomba membantu mengeluarkan kaki kanak-kanak yang tersepit eskalator. FOTO Ihsan Bomba
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun patah jari kaki selepas tersepit pada eskalator di pusat beli-belah di Setapak, semalam.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan mengenai kejadian pada 4.56 petang.

Komander Operasi Shamsul Bahri Hashim berkata, susulan itu jentera dengan kekuatan lima anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi, didapati kanak-kanak perempuan berkenaan tersangkut bahagian jari kaki pada eskalator.

"Kerja mengeluarkan kaki mangsa dilakukan pasukan bomba dan pihak pengurusan bangunan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan itu, katanya, mangsa mengalami kecederaan pada tiga jari kaki kiri dengan salah satunya patah.

"Mangsa diserahkan kepada hospital untuk diberikan rawatan serta tindakan selanjutnya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Februari 2024 @ 7:30 PM