ANGGOTA bomba mengeluarkan kaki kanak-kanak yang tersepit pada eskalator di sebuah pusat beli-belah. FOTO ihsan bomba
ANGGOTA bomba mengeluarkan kaki kanak-kanak yang tersepit pada eskalator di sebuah pusat beli-belah. FOTO ihsan bomba
Samadi Ahmad


Putrajaya: Kanak-kanak berdepan detik cemas apabila kaki kanannya tersepit pada eskalator di sebuah pusat beli-belah, di sini, hari ini.

Kejadian berlaku pada 1.48 tengah hari membabitkan kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Cyberjaya berkata, pihaknya menerima panggilan pada 1.48 tengah hari dan tiba di tempat kejadian pada 2.01 petang dengan dua pegawai dan lima anggota.

Menurutnya, kejadian berlaku di tingkat dua pusat beli-belah itu ketika kanak-kanak terbabit menuruni eskalator ditemani ibu bapanya.

Katanya, kaki mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada ambulans Hospital Serdang untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 April 2022 @ 3:59 PM