SEORANG lelaki cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di persimpangan lampu isyarat menghala ke Langat Murni, Bukit Changgang, Sepang. FOTO Ihsan JBPM
SEORANG lelaki cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di persimpangan lampu isyarat menghala ke Langat Murni, Bukit Changgang, Sepang. FOTO Ihsan JBPM
Nurul Hidayah Bahaudin

Sepang: Dua beranak cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di persimpangan lampu isyarat menghala ke Langat Murni, Bukit Changgang, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 2.06 petang tadi.

"Sepasukan anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) KLIA dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Kemalangan membabitkan Perodua Bezza dan sebuah lori lima tan.

"Terdapat seorang lelaki berusia 30-an dan seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun tersepit di dalam Perodua Bezza," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, anggota bomba mengambil masa beberapa minit bagi mengeluarkan mangsa.

"Kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Februari 2024 @ 4:04 PM