LAPORAN terdahulu Harian Metro
LAPORAN terdahulu Harian Metro
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil


Ampang: Identiti wanita yang ditemukan lemas selepas dilihat berjalan dalam keadaan berbogel di Tasik Pandan Lake View di Pandan Perdana, dikenal pasti sebagai wanita tempatan berusia 53 tahun.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kejadian dipercayai berpunca akibat mangsa mengalami kemurungan.

"Identiti mangsa sudah dikenal pasti selepas bedah siasat dijalankan di Hospital Ampang mengesahkan punca kematian adalah akibat lemas.

"Punca kejadian dipercayai mangsa mengalami kemurungan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu Harian Metro melaporkan wanita tidak berpakaian yang dilihat berjalan seorang diri di Tasik Pandan Lake View, Pandan Perdana di sini, ditemukan maut akibat lemas semalam.

Polis dilaporkan menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada orang awam pada 8.13 pagi.

Mayat mangsa yang dibawa naik oleh pihak bomba dua jam selepas kejadian itu dilaporkan dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan pada mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Februari 2024 @ 10:57 AM