GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil


Kuala Lumpur: Seorang penjawat awam disyaki meminta dan menerima suapan berjumlah RM16,000 ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sekitar Kuala Selangor hari ini.

Menurut sumber, suspek wanita berusia 40-an itu dipercayai meminta dan menerima suapan daripada tiga pemilik tanah bagi tujuan kelulusan pecah bahagian tanah di pejabat tanah daerah di Selangor.

"Suspekter babit ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kuala Selangor hari ini.

"Suspek dipercayai meminta dan menerima wang rasuah daripada tiga pemilik tanah di sekitar daerah tersebut yang ingin memohon kelulusan pecah bahagian tanah.

"Siasatan awal mendapati suspek telah meminta dan menerima wang rasuah kira-kira RM16,000 yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya pada tahun 2022," katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, permohonan reman ke atas suspek terbabit akan dipohon di Mahkamah Majistret Kuala Selangor esok bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Februari 2024 @ 5:22 PM