DEPOH Tahanan Sementara Imigresen Bidor. FOTO Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
DEPOH Tahanan Sementara Imigresen Bidor. FOTO Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri


Tapah: Penduduk sekitar kawasan Depoh Tahanan Sementara Imigresen Bidor, di sini, bimbang tahanan depoh yang lolos, kelmarin, masih bebas khususnya apabila ramai warga asing juga mendiami kawasan itu.

Penduduk Kampung Tersusun 2 Tambahan di sini, Helmi Nomawi, 43, berkata, kerisauannya serta jiran berganda disebabkan kawasan sekitar sini ramai dengan warga asing termasuk mereka yang bekerja secara sah di negara ini.

Menurutnya, keadaan itu membuatkan penduduk mungkin sukar untuk melaporkan kepada pihak berkuasa sama ada kumpulan warga asing yang dilihat sekitar kawasan ini merupakan tahanan yang meloloskan diri, atau warga asing yang datang ke Malaysia secara sah.

"Kawasan ini semenagnya ramai warga asing yang bekerja, tambahan kini kawasan sekitar sedang dibangunkan dengan projek perumahan yang dilengkapi pusat membeli-belah dan terminal bas selain banyak kawasan kebun dan ladang sekitar sini dengan rata-rata pekerjanya adalah warga asing.

"Malah di masjid sini juga ramai jemaahnya dilihat merupakan warga asing. Jadi jika ingin mengenal pasti antara tahanan warga asing yang lolos itu dengan warga asing yang masuk bekerja secara sah di Malaysia, mungkin sukar," katanya ketika ditemui, semalam.

Mengakui perkara serupa, pesara yang juga penduduk Kampung Tersusun 2 Tambahan di sini, Musa Manap, 66, berkata, kerisauan timbul berikutan ada kemungkinan tahanan yang lolos berkenaan melakukan perkara tidak wajar bagi memperoleh keperluan asas memandangkan sudah tentu mereka lolos sehelai sepinggang.

"Waktu siang mungkin mereka tak keluar tetapi apabila mereka lapar atau waktu malam mereka mungkin akan keluar untuk mencari makanan dan keperluan lain termasuk di rumah penduduk sekitar," katanya.

Sementara itu, Tok Batin Perkampungan Orang Asli Kampung Sanding, Bidor, Aziz Bah Meruang, 45, berkata, penenemuan tahanan warga Mynamar yang lolos ditangkap di kampungnya menimbulkan kebimbangan penduduk kampung.

"Memang risau kerana banyak (tahanan) yang masih belum dijumpai dan perkara sebegini belum pernah berlaku di kampung ini, lebih-lebih lagi kerana kampung jni juga banyak remaja dan budak-budak," katanya.

Berita berkaitan:

Operasi jejak Pati lolos diteruskan

Kawalan keselamatan di Depoh Tahanan Imigresen Ajil diperketat

Baki 100 tahanan wanita dari depot Imigresen Bidor pindah malam ini - Ruslin

DTI Bidor ditutup sementara, 435 tahanan dipindahkan

"Saya lihat mereka di sekitar kediaman, mahu pinjam telefon"

4 ditahan semula, 127 masih bebas

Pati merusuh, pecah pagar sebelum lolos

375 anggota pelbagai agensi dikerah buru tahanan lolos

Polis sahkan seorang Pati maut dalam kemalangan ketika melarikan diri

Polis giat kesan 131 tahanan lolos

132 Pati etnik Rohingya lari diri dari depoh Imigresen Bidor

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Februari 2024 @ 1:16 PM