ANGGOTA JIM menunggang motosikal untuk mencari Pati yang meloloskan diri dari Depoh Tahanan Sementara Imigresen Bidor, pagi ini. FOTO Rosman Shamsudin
ANGGOTA JIM menunggang motosikal untuk mencari Pati yang meloloskan diri dari Depoh Tahanan Sementara Imigresen Bidor, pagi ini. FOTO Rosman Shamsudin
Rosman Shamsudin


Tapah: Lebih 20 anggota Jabatan Imigresen (JIM) bermotosikal dilihat keluar dari Depoh Tahanan Sementara Imigresen Bidor, dekat sini dipercayai meneruskan usaha mencari tahanan yang meloloskan diri, semalam.

Tinjauan Harian Metro pagi ini turut mendapati beberapa kenderaan polis dilihat keluar masuk di depoh terbabit.

Sementara, kira-kira 20 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bergotong royong mengalihkan khemah ke perkarangan pintu masuk depoh berkenaan.

Tinjauan juga mendapati situasi di perkarangan depoh dilihat agak lengang.

Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Ruslin Jusoh berkata, empat daripada 131 tahanan yang melarikan diri dari terbabit sudah berjaya ditahan.

Beliau dilapor berkata, keempat-empat lelaki warga asing terbabit ditahan menerusi operasi yang dijalankan pihaknya dengan kerjasama polis pada jam 4 petang.

Tahanan melarikan diri itu ditempatkan di tiga daripada lima blok di depot berkenaan yang mempunyai keseluruhan 556 tahanan warga asing, katanya dipetik.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Februari 2024 @ 10:38 AM