Muhammad Najmir Razaman

Kuala Lumpur: vivo Malaysia baru-baru ini mengadakan kolaborasi istimewa bersama pengedar kenderaan jenama mewah, Hap Seng Star bagi meraikan Hari Pengalaman siri vivo X100 di salah sebuah bilik pameran Hap Seng Star.

Kolaborasi ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pengguna mengenai inovasi terkini yang dibawa vivo Malaysia melalui siri vivo X100 serta koleksi kenderaan mewah daripada Mercedes-Benz keluaran Hap Seng Star.

Ia termasuklah pengenalan kepada lensa potret multifokal daripada ZEISS yang menggabungkan potret fokus panjang terdapat didalam siri vivo X100. 

Dengan lensa potret fokus panjang berkeupayaan 24mm hingga 100mm daya zum, siri vivo X100 menaiktaraf pengalaman fotografi pada sesebuah telefon pintar keluaran vivo.

Menerusi acara tersebut, para tetamu yang hadir juga turut berpeluang merasai sendiri pengalaman menggunakan siri X100 keluaran vivo serta kenderaan mewah Mercedes-Benz daripada Hap Seng Star.

Acara ini menjadi bukti terhadap transformasi kerjasama dan inovasi dalam membentuk pengalaman yang baik kepada pengguna.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan spesifikasi produk vivo, layari laman Facebook rasmi vivo Malaysia dan laman web rasmi vivo Malaysia sekarang.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Februari 2024 @ 9:53 AM