Hanis Aliaa Hidzir

KUALA LUMPUR: vivo Malaysia dengan kerjasama Hap Seng Star, pengedar sah Mercedes-Benz Malaysia, berkongsi idea dan hala tuju inovatif mereka dalam meningkatkan gaya hidup rakyat Malaysia melalui teknologi di persidangan usahawannya yang pertama.

Persidangan yang diadakan di Hap Seng Star KL Autohaus, merupakan kerjasama pertama antara dua jenama ini dalam membantu meningkatkan pengalaman gaya hidup pengguna.

Persidangan berkenaan turut menampilkan siri vivo X80 yang dibangunkan bersama ZEISS bagi mentakrifkan semula pengalaman sinematik dan imejan, serta Mercedes Benz S580e, hibrid 'plug-in' mewah (PHEV) dalam kelas-S.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia, Mike Xu, mereka komited untuk membawakan 'Joy of Humanity' melalui teknologi selain turut berharap lebih banyak yang boleh dilakukan untuk mencipta masa depan lebih baik untuk rakyat Malaysia melalui kerjasama seperti ini.

"Kami teruja untuk bekerjasama dengan Hap Seng Star, kerana kami percaya kedua-dua vivo dan Hap Seng Star mempunyai banyak persamaan, iaitu untuk membawa produk terbaik kami kepada pelanggan kami," kata Xu.

Sebagai sebuah syarikat teknologi global, vivo terus menawarkan teknologi inovatif untuk pengguna, menjadikan kehidupan lebih mudah dan terhubung.

Sehingga Februari lalu, vivo menyerahkan lebih 4,000 paten ciptaan 5G, dan sudah memulakan penyelidikan dalam sambungan 6G untuk membawa pengguna teknologi rangkaian yang lebih pantas dan baik menjelang 2030.

Untuk maklumat lanjut mengenai vivo Malaysia, layari Facebook rasmi vivo Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Jun 2022 @ 8:46 PM