Vivo V27 dilengkapi sistem Potret Cahaya Aura yang eksklusif, reka bentuk bergaya, warna yang menawan, cip 4nm berprestasi tinggi dan skrin melengkung 3D. - FOTO vivo
Vivo V27 dilengkapi sistem Potret Cahaya Aura yang eksklusif, reka bentuk bergaya, warna yang menawan, cip 4nm berprestasi tinggi dan skrin melengkung 3D. - FOTO vivo
Mohammad Asyraf Khalib

SYARIKAT teknologi antarabangsa terkemuka, vivo mengumumkan kemunculan telefon pintar baharu vivo V27 dengan kepakaran dalam penghasilan potret berkelas perdana bagi siri V.

Ia dilengkapi sistem Potret Cahaya Aura yang eksklusif, reka bentuk bergaya, warna yang menawan, cip 4nm berprestasi tinggi dan skrin melengkung tiga dimensi (3D).

Kali ini, vivo V27 direka teliti dengan mengambil kira keperluan gaya hidup pengguna bagi menjadikannya telefon pintar serba lengkap serta mampu merakam setiap detik indah dalam kehidupan.

Penyertaan kamera berkelas perdana dengan Sistem Potret Cahaya Aura meningkatkan pengalaman fotografi melalui integrasi fotografi optik dan pengkomputeran. 

Telefon pintar ini turut dilengkapi dengan Video Malam Super dan Penstabil Imej Hibrid (OIS + EIS), membolehkan pengguna merakam video dengan butiran lebih terang dan jelas dalam persekitaran yang gelap. 

Warna telefon pintar baharu ini juga tampak lebih memukau dan menarik, dengan setiap satu menawarkan pengalaman visual berbeza menggunakan Kaca Zamrud dan Kaca AG Fluorit. 

Selain itu, cip 4nm generasi baharu yang disertakan pada telefon pintar ini berupaya memacu prestasi peranti supaya lebih berkuasa di samping meningkatkan pengalaman pengguna. 

vivo V27 juga dilengkapi skrin melengkung 3D 6.78" dan dilengkapi dengan hayat bateri yang tahan lama.

Mike Xu (tengah) ketika majlis pelancaran vivo V27 - FOTO vivo

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia Mike Xu, vivo komited membangunkan teknologi terkemuka seperti Sistem Potret Cahaya Aura dalam telefon pintarnya bagi meningkatkan prestasi dan pengalaman pengguna.

"vivo V27 terbaharu dilengkapi dengan kamera kelas perdana, keupayaan video dan cip 4nm berprestasi tinggi yang membantu pengguna menjalani kehidupan sosial lebih aktif dengan merakam setiap detik indah dan berkongsi kenangan istimewa.

"Sejak berada di pasaran, telefon pintar siri V terkenal dengan keindahan estetiknya. Untuk itu, vivo meneruskan inspirasi inovatif ini menggunakan Kaca Zamrud dengan kesan perubahan warna dan Kaca AG Fluorit pada vivo V27. 

"Memandang ke hadapan, vivo akan terus melangkaui sempadan dengan telefon pintarnya untuk memastikan pengguna menikmati pengalaman telefon pintar terbaik," katanya. 

Teknologi kamera kelas perdana

Pengguna dengan gaya hidup aktif memerlukan kamera dengan spesifikasi perkakas serta perisian yang hebat untuk membantu mereka merakam setiap detik yang menarik. 

Sistem Potret Cahaya Aura mampu menghasilkan potret malam semula jadi melalui kamera utama penderia-ultra di belakang, kesan pencahayaan lembut peringkat studio dan keupayaan mempertingkatkan potret. 

Menampilkan sensor Sony IMX766V peringkat perdana dengan algoritma Cahaya Aura dan Potret yang berfungsi seiringan, kamera vivo V27 berupaya menerangi wajah untuk hasil potret yang hebat pada waktu malam.

Kamera belakang vivo V27 dilengkapi dengan teknologi Optical Image Stabilization (OIS), membolehkan pendedahan lebih lama dan meningkatkan kemasukan cahaya sehingga enam kali ganda bagi menghasilkan gambar yang lebih stabil seta berkualiti walaupun diambil dalam keadaan cahaya malap. 

Ciri Penglihatan Malam Ekstrem Masa Nyata yang tersedia dalam mod malam pula membolehkan pengguna melihat kecerahan imej sambil melaraskan pendedahan dan kecerahan dalam mod pratonton, memberikan paparan masa nyata kecerahan imej sebelum gambar akhir diambil. 

Algoritma RAWHDR yang dihasilkan vivo sendiri menawarkan pelarasan warna yang lebih terperinci, memulihkan sorotan, warna dan kecerahan kandungan.

Rakam vlog setanding profesional

vivo V27 dapat menghasilkan video bercahaya malap lebih jelas kerana peranti ini menggabungkan dua fungsi video untuk hasil yang lebih baik iaitu Video Malam Super dan Penstabil Imej Hibrid (OIS+EIS). 

Video Malam Super mengurangkan hingar dalam rakaman malam dan menjadikan video kelihatan lebih terang, manakala Penstabil Imej Hibrid (OIS + EIS) membuat pengiraan dan menstabil pergerakan sehingga 10,000 kali sesaat, memberikan pengguna rakaman yang lebih lancar, stabil dan jelas.

Ciri Vlog Movie Creator pula menawarkan pengalaman penghasilan video sehenti baharu, menyediakan 24 templat dengan kesan video yang pelbagai bagi menunjukkan kepada pengguna cara merakam objek, orang atau landskap, bersama-sama dengan panduan masa nyata untuk pergerakan kamera. 

Ia juga membolehkan pengguna menyunting video dengan lebih cekap dengan peluncur masa terbina di dalam yang mana pengguna dapat memotong dan memadam segmen video tidak diingini dengan mudah. 

Vlog Movie turut dilengkapi dengan pengoptimum potret yang berupaya meningkatkan tekstur kulit, fokus, pencahayaan dan penstabilan bagi memastikan subjek dalam video kelihatan terbaik.

Pilihan warna dinamik

Jadilah pengguna yang luar biasa dan bergaya dengan memiliki vivo V27 yang ditawarkan dalam tiga pilihan warna dinamik iaitu Emerald Green, Flowing Gold dan Noble Black.

Setiap warna mempunyai aliran reka bentuk menawan yang memberikan rupa dinamik, artistik, ringkas dan elegan.

Edisi Emerald Green menggunakan Kaca Zamrud dengan kesan perubahan warna di bawah cahaya UV.

Ia menggabungkan 14 lapisan salutan gred-nano bagi meningkatkan kelicinan dan kejernihan kaca menjadikan Emerald Green tampak segar menerusi warna dinamiknya.

Edisi Noble Black pula menggunakan Kaca AG Fluorit dengan tekstur kilauan timbul pada permukaan yang menyerupai bintang di langit malam, manakala edisi Flowing Gold menampilkan teknologi Gradien Warna Titik Cahaya 3D bagi mencipta corak riak air yang memberikan peranti kesan visual 3D pada permukaan 2D.

Prestasi lancar

Dengan pemproses canggih 4nm, vivo V27 beroperasi dengan kapasiti kuasa yang sangat rendah, kelajuan pemprosesan lebih tinggi dan peningkatan prestasi yang ketara berbanding generasi sebelumnya. 

Ia dilengkapi dengan Extended RAM 3.0 2 yang menyokong sehingga 1 Kesediaan warna produk mungkin berbeza mengikut kawasan. 2 RAM tambahan 8 GB dijayakan melalui perisian.

8GB RAM maya, bekerjasama dengan cip 4nm untuk membantu pengguna bertukar aplikasi dengan lancar dan menyimpan data. 

Pengumpulan aplikasi dinamik, pemampatan data dan algoritma pengagregatan data dengan tepat memampatkan dan memproses data aplikasi di latar belakang, meningkatkan bilangan aplikasi terbuka aktif sambil mengurangkan penggunaan dan pemakaian sumber untuk memberikan pengalaman pengguna yang lebih lancar.

Paparan menakjubkan 

Menampilkan skrin melengkung 3D 6.78 inci, vivo V27 menawarkan pengalaman visual yang lebih mengasyikkan dan menarik dengan kadar segar semula 120 Hz, 1.07 bilion warna dan kecerahan dan kontras ultra tinggi. 

Skrin melengkung 3D menjadikan butiran lebih terperinci, menawarkan pengguna pengalaman visual mengasyikkan seperti di pawagam. 

Setakat ini, vivo V27 adalah telefon pintar skrin melengkung paling nipis dan paling ringan dalam sejarah vivo, dengan ketebalan 7.36 milimeter dan berat 180 gram, menjadikan telefon selesa dalam genggaman. 

Bateri tahan lama

vivo V27 dilengkapi bateri 4,600mAh (TYP) dengan kuasa pengecasan 66W menawarkan kecekapan penukaran tenaga puncak sehingga 97.5 peratus menggunakan teknologi FlashCharge yang dibangunkan vivo sendiri. 

Lebih menarik, ia disokong dengan sistem penyejukan canggih serta mampu mengecas peranti hingga 50 peratus dalam masa 19 minit sahaja ketika skrin dimatikan. 

Dengan kapasiti bateri yang mempunyai jangka hayat dua kali ganda berbanding standard industri, pengguna vivo V27 boleh memainkan video, muzik atau permainan serta kekal berhubung secara berterusan untuk lebih lama.

Dapatkan vivo V27 sekarang!

vivo V27 ditawarkan dalam dua varian iaitu 8GB+256GB pada harga RM1,799 dan 12GB+256GB pula hanya RM1,999.

Bermula 1 April hingga 30 April 2023, pelanggan yang membeli vivo V27 layak membawa pulang hadiah percuma bernilai sehingga RM957, termasuk jaminan lanjutan satu tahun, perlindungan skrin satu tahun dan kotak hadiah eksklusif. 

Sebagai nilai tambah, vivo turut menawarkan diskaun pendidikan bernilai RM50 bagi pembelian vivo V27 varian 12GB jika pengguna menunjukkan kad identiti pendidikan atau pekerjaan ketika membuat pembelian.

Dapatkan peranti serba baharu vivo V27 di semua kedai konsep vivo, pengedar sah, E-Store rasmi vivo Malaysia dan kedai utama rasmi vivo Malaysia di Shopee, Lazada dan TikTok hari ini juga.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai vivo V27, layari www.vivo.com/en/products/v27.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Mac 2023 @ 12:39 PM